PEMILIK BELOG

PEMILIK BELOG

Followers

Friday, July 29, 2011

PostHeaderIcon Lesen P


Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : saya nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : saya habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat saya tak tau ka jalan ni nak pergi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh saya tau (marah).
Polis : pergi pergi pergi pergi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah begitu ...


0 org membebel:

Post a Comment